PUTRAJAYA: Tiga lelaki termasuk dua warga asing terselamat daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengurangkan hukuman daripada mengedar sembilan kilogram dadah jenis methamphetamine kepada memiliki bahan terlarang itu.
K. Dinakaran, 43, bersama warga Bangladesh, Asraful Alam, 28, dan rakyat India, Arivazhagan Murugesan, 50, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan rotan.
Mereka diarah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 13 Ogos 2016.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk S.M. Komathy Suppiah mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka oleh Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sabitan itu tidak selamat.
Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Hadhariah berkata pertuduhan terhadap ketiga-tiga lelaki itu cacat kerana tuduhan dinyatakan sebagai pengedaran menerusi pembuatan sedangkan ia sepatutnya dinyatakan sebagai penyediaan untuk membuat dadah.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi juga gagal untuk memberi arahan kepada tertuduh di akhir kes pendakwaan sama ada terdapat pemilikan sebenar atau dianggap pemilikan untuk mereka menyediakan pembelaan.
Beliau juga berkata penggunaan adverse inference adalah terletak atas budi bicara mahkamah dan terpakai selepas pendakwaan gagal memanggil atau menawarkan saksi utama kepada pihak pembelaan.
Hakim Hadhariah berkata mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk mengurangkan pertuduhan itu kepada memiliki dadah.
Dinakaran, yang merupakan pekerja rencam, Asraful, bekas pelajar dan Arivazhagan, seorang buruh kemudian mengaku bersalah terhadap terhadap pertuduhan itu.
Pada 2019, Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah mengedar 9,179.34 gram methamphetamine di sebuah rumah di Jalan 3, Ampang, Selangor pada 12 tengah hari pada 13 Ogos 2016.
Peguam mereka, Afifuddin Ahmad Hafifi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 dan 15 tahun tetapi Timbalan Pendakwa Raya Solehah Noratikah Ismail mencadangkan hukuman penjara antara 18 dan 20 tahun berdasarkan berat dadah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Hakim Hadhariah berkata mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk mengurangkan pertuduhan itu kepada memiliki dadah. - Gambar fail/Astro AWANI
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Remaja diculik, dipukul sekumpulan lelaki
Mangsa berusia 17 tahun mengalami pendarahan di telinga kiri serta lebam di beberapa anggota badan termasuk pipi, leher, bahu dan bahagian belakang.
Ibu mengaku beri bayi 16 bulan minum susu campur dadah
Sepasang suami isteri didakwa menganiaya anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah.
Pemandu lori miliki 16 rekod jenayah ditahan curi kabel TM
Jumlah kabel yang dipotong dianggarkan sebanyak empat batang pelbagai saiz sepanjang 150 meter, dengan anggaran kerugian sebanyak RM6,000.
Australia: Rakyat Malaysia antara 4 ditahan dalam serbuan, 600 kg meth dirampas
Polis Australia menahan empat lelaki selepas 662 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas.
Tiga lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 15 tahun miliki dadah
K. Dinakaran, 43, bersama warga Bangladesh, Asraful Alam, 28, dan rakyat India, Arivazhagan Murugesan, 50, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan rotan.
Dua lelaki dicekup bersama dadah
Hasil semakan mendapati seorang suspek mempunyai 10 rekod lampau manakala seorang lagi empat rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.
Polis Australia rampas 300 kg meth disorok dalam mesin keluli
Polis Australia merampas lebih 300 kg methamphetamine yang disembunyikan dalam jentera keluli yang tiba di Sydney dari Mexico, kata pihak berkuasa Australia pada Khamis.
Lelaki pukul pemandu lori ditahan
Video kejadian berdurasi 28 saat itu tular di media sosial memaparkan suspek bertindak memukul pemandu lori berkenaan dengan topi keledar di plaza tol berkenaan.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah bernilai RM400,000
Kesemua yang berusia antara 40 hingga 61 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.